Monday 15 August 2016

Ketentuan

                   Ibarat menoreh kembali luka yang lama agar berdarah kembali
Setiap orang ada kisah hidupnya, dan ianya tidak sama dengan kisah hidup kita, jadi jangan mempersoalkan mengapa kisah hidup kita tidak sama dengan kisah hidup mereka
Hidup kita yang sekarang tidak semestinya baik, dan tidak pula hidup kita yang dahulunya begitu semestinya buruk, itulah dinamakan perjalanan hidup
Kenapa perlu mempersoalkan hidup mereka yang sebegitu padahal itulah ketentuan perjalanan hidup mereka, doakan yang baik-baik sahaja
Diam tidak semestinya kau tidak mendoakan, lebih baik diam dari melukakan hati dengan kata-katamu yang umpama torehan pedang
Kesilapan sering berlaku kerana kita tidak semfurna
Bagaimana kau bisa faham coretanku padahal ianya tidak sempurna, itulah hati manusia, Allah memberikan kita hidayah-Nya dalam memahami sesuatu walaupun ianya sekadar perkataan “sempurna"
Tidak kuletakkan nokhtah dalam coretanku tentang hidup, kerana ianya tiada berpenghujung
Kuletakan sahaja ruangan dan koma agar biasa ku berikan ruang dan masa dalam hidupku untuk menilai serta memikirkan apa yang telah ku lakukan dalam hidup
Tidak mahu mempersoalkan itu dan ini yang terang-terangan membuang waktu, tetapi mahu mempersoalkan apa lagi kebaikan yang belum kulakukan agar hati ini tidak kering dicalit dengan sejarah yang sia-sia
Dia, yang senantiasa bercakap bagaimana kamu perlu menjalani hidupmu, melontarkan pelbagai persoalan seolah-olah  dia baru dilahirkan dan mengenal dunia ini
Kutahu dihatinya penuh dengan luka dan perit, genggaman tangannya penuh dengan pengalaman hidup, kehalusan jiwanya yang lembut dalam menerima bicara hidupnya tetapi menyoalkan “mengapa?”

Hasil hidup yang sebegitu  jauh sepatutnya menjadikan jiwamu menerima takdir, tetapi 

Sunday 10 March 2013

Hari Ini..Senyumlah :)

Jangan bagi masalah menguasai diri dan jiwa kita. Setiap masalah pasti ade penyelesaiannya. Yakinlah pada Allah. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui apa yg tersembunyi dan apa yang akan berlaku. Berusaha dan bertawakal sepenuhnya. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak mengubah(jiwa) mereka sendiri" ..<<Senyumlah>>